Monday, December 27, 2021

Perbahasan pindaan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

Video link: https://fb.watch/a8NBkQwOMS/

 Ucapan Perbahasan pindaan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 26-10-2021

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin berbahas terhadap pindaan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011. Seperti yang kita ketahui bahawa akta ibu ini telah menyatakan dengan jelas untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan PIDM dan pentadbiran sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah akta ini.
Saya membaca Laporan Tahunan PIDM dan saya dapati bahawa dalam laporan tersebut menyatakan bahawa financial results total comprehensive income for the financial year 2020 iaitu untuk deposit insurance funds RM209 bilion dan takaful and insurance fund benefit protection fund RM84 bilion. Itu adalah jatuh berbanding dengan tahun 2019. Kedua-dua funds tersebut pada tahun 2020 RM293 juta tetapi pada tahun 2019 sebenarnya adalah RM504 juta.
Oleh itu, ia jatuh lebih kurang RM200 lebih juta. So, saya minta satu penjelasan daripada Menteri apa terjadi terhadap pendapatan ataupun income daripada kedua-dua funding ini walaupun secara total deposit untuk insurance fund berakhir tahun 2020 sebanyak RM2.9 bilion, untuk takaful dan insurance fund RM1.89 bilion. Saya hendakkan penjelasan daripada Menteri.
Saya juga membaca laporan ini bahawa deposit yang dilindungi oleh Akta PIDM terjumlah kepada 30 peratus total deposit insure in full iaitu 96 peratus total depositor. Untuk life insurance 99 peratus, syabas. Untuk general policy 96 peratus. Oleh itu, untuk bank dan juga general policy hanya 96 peratus. Saya ingin mencadangkan supaya coverage untuk RM250,000 per depositor per member bank untuk akaun bank dan juga insurans polisi RM500,000 for insure benefit per insurance member dinaikkan supaya untuk memberikan perlindungan lebih kepada depositor dan juga insurance policy holder.
Ini supaya ia boleh mencecah kepada satu angka yang lebih tinggi daripada 96 peratus, barangkali 99 peratus. Memandangkan bahawa kita telah— PIDM mencapai satu result yang baik tetapi kita hendak juga casting the safety net bigger supaya pendeposit- pendeposit boleh mendapat perlindungan yang lebih tinggi, mungkin RM300,000 atau RM400,000 tertakluk kepada kajian teknikal dan kewangan oleh pihak PIDM.
Saya juga ingin menyatakan bahawa sistem kewangan kita telah berkembang dengan begitu maju sekali. Deposit-deposit bukan sahaja dimasukkan dalam bank, bukan sahaja untuk insurans polisi atau takaful tetapi juga perkembangan terbaharu eWallet tetapi kita tidak menawarkan apa-apa perlindungan— PIDM tidak menawarkan apa-apa perlindungan terhadap deposit eWallet sama ada dalam bentuk deposit Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay, e-wallet dan sebagainya.
Perkembangan terkini untuk electronic money, wang dimasukkan dalam electronic money. Bank Negara telah keluarkan exposure draft untuk electronic money (e-money). Apakah protection yang kita tawarkan untuk deposit-deposit dalam bentuk eWallet? Apakah protection atau perlindungan yang kita tawarkan untuk electronic money? Buat masa ini tiada.
Saya juga ingin meminta supaya kementerian, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga PIDM untuk membuat benchmark terhadap hak-hak perlindungan kita, selari dengan International Association of Deposit Insurers (IADI) untuk benchmark performance kita terhadap international standard dan juga supaya memastikan bahawa perlindungan deposit dan juga insurans polisi dan takaful polisi ini boleh benar-benar melindungi kepentingan rakyat semaksimum yang mungkin dengan kos yang minimum. Itu sahaja ucapan saya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

No comments: